Wednesday, 29 June 2011

PERMAINAN TRADISIONAL SABAH

Permainan Kayu Tiga
Pendahuluan
Permainan kayu tiga merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak di Sabah pada suatu ketika dahulu. Permainan kayu tiga diberi nama sempena kayu sebanyak 3 batang yang disusun secara menegak dan bercantum dihujungnya di atas tanah. Sebiji bola kecil (bola lembut/tenis) akan dibaling/dilontar kearah kayu 3 tiga tadi sehingga rebah (tidak bercantum lagi). Permainan ini mula dimainkan semula oleh kanak-kanak pada masa kini.

Alat permainan
  1. Sebiji bola lembut / bola tennis
  2. Kayu - 3 batang

Kawasan bermain
Kawasan lapang

Bilangan pemain / pasukan
Tiada had pemain
2 pasukan

Cara bermain
Permainan kayu tiga dimainkan oleh beberapa orang dalam 2 kumpulan. Kumpulan yang bermain akan berada di dalam kawasan permainan manakala kumpulan yang lain akan berada diluar kawasan dalam permainan. Permainan dimulakan dengan pasukan yang bermain melontarkan bola ke arah kayu yang dipanggil ”kayu tiga”. Bola dilontarkan untuk menjatuhkan kayu tersebut dan selepas itu permainan bermula. Setiap seorang dibenarkan melontar sekali sahaja, jika tidak berjaya rakan sepasukan akan berbuat demikian secara bergilir-gilir. Pasukan lawan yang berada di luar kawasan akan cuba melontarkan bola dan mengenakan tubuh badan pasukan yang bermain dan dikira ”mati” dan (tidak boleh bermain) manakala pasukan yang bermain akan cuba melindungi dirinya daripada terkena bola. Permainan ini berterusan  sehingga semua pasukan mati.  

Sunday, 5 June 2011

jom KONGSI~~~





Definisi
Plyometrik ialah sejenis latihan tubi yang amat sesuai untuk menghasilkan otot kuasa letupan seperti latihan lompatan yang sangat diperlukan untuk acara sukan yang memerlukan kuasa letupan. Latihan plyometrik memerlukan banyak rutin melompat dan melantun. Teknik untuk melakukan aktiviti-aktiviti plyometrik ialah melompat, mendarat, dan melonjak. Latihan ini dibuat melintasi bangku atau kon atau melompat ketingting dan melantun di rungan yang ada. Ahli-ahli sukan dilatih untuk mencuba mengurangkan masa yang digunakan untuk penukaran arah kelajuan masa dan kuasa.

Jenis- jenis latihan Plyometric:

Bounding (memantulkan diri)
Lompat ke depan dan belakang dengan kedua kaki dari posisi berdiri secara berulang – ulang. Lakukan secepat mungkin dan cubalah untuk meraih dua poin penting iaitu tingginya lompatan dan jauhnya lompatan.

Skipping ( Lompat Tali)
Lakukan skipping, kali ini dengan cara yang berbeza iaitu dengan mengangkat lutut setinggi mungkin ketika melompat dan mengambil arah maju, dan bergerak ke depan.

Box Jump ( lompat Balok)
Lompatlah dari tangga atau blok dengan tinggi iaitu 70 cm, lakukan lompatan spontan setinggi mungkin.