Permainan Kayu Tiga
Pendahuluan
Permainan kayu tiga merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak di Sabah pada suatu ketika dahulu. Permainan kayu tiga diberi nama sempena kayu sebanyak 3 batang yang disusun secara menegak dan bercantum dihujungnya di atas tanah. Sebiji bola kecil (bola lembut/tenis) akan dibaling/dilontar kearah kayu 3 tiga tadi sehingga rebah (tidak bercantum lagi). Permainan ini mula dimainkan semula oleh kanak-kanak pada masa kini.
Alat permainan
- Sebiji bola lembut / bola tennis
- Kayu - 3 batang
Kawasan bermain
Kawasan lapang
Bilangan pemain / pasukan
Tiada had pemain
2 pasukan
Cara bermain
Permainan kayu tiga dimainkan oleh beberapa orang dalam 2 kumpulan. Kumpulan yang bermain akan berada di dalam kawasan permainan manakala kumpulan yang lain akan berada diluar kawasan dalam permainan. Permainan dimulakan dengan pasukan yang bermain melontarkan bola ke arah kayu yang dipanggil ”kayu tiga”. Bola dilontarkan untuk menjatuhkan kayu tersebut dan selepas itu permainan bermula. Setiap seorang dibenarkan melontar sekali sahaja, jika tidak berjaya rakan sepasukan akan berbuat demikian secara bergilir-gilir. Pasukan lawan yang berada di luar kawasan akan cuba melontarkan bola dan mengenakan tubuh badan pasukan yang bermain dan dikira ”mati” dan (tidak boleh bermain) manakala pasukan yang bermain akan cuba melindungi dirinya daripada terkena bola. Permainan ini berterusan sehingga semua pasukan mati.